Isnin, 22 November 2010

Enam Bulan di Glasgow

Alhamdulillah hampir enam bulan kami sekeluarga berjuang di bumi indah permai Glasgow,Scotland untuk menuntut ilmu pengetahuan dan pelbagai pengalaman yang hebat.Jika diizinkan Tuhan,kami akan bertolak pulang pada 28.11.2010 ke Malaysia dan isteri serta anak sulung saya yang akan kembali lagi ke Glasgow pada Januari nanti.Sepanjang enam bulan pelbagai ilmu dan pengalaman pahit manis dikutip di bumi yang cukup asing bagi kami sekeluarga.Dengan perbezaan budaya,cara hidup,bahasa dan cuaca di negara 'mat salleh' cukup memberi sejuta cabaran buat kami sekeluarga tambahan anak-anak yang masih kecil.Kami tekad terus berjuang demi masa depan dan menelan pelbagai onak duri demi menjadi insan yang berilmu dunia dan akhirat.
Syukur kami disini mempunyai rangkaian sahabat dari tanah air yang agak ramai bilangannya yang turut berjuang menuntut ilmu.Kami cukup baik dan sentiasa bekerjasama demi memenuhi tuntutan ukhuwwah Islamiyyah di bumi asing ini.Inilah rakyat Malaysia yang kaya dengan nilai budi bahasa,hormat menghormati,tolong menolong dan pelbagai sifat akhlak yang baik dapat dilihat apabila kita berada di negara asing.Umumnya,kami begitu akrab antara satu sama lain.Terima Kasih rakan-rakan di Glasgow untuk catatan kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan